10 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, hadir ke Parlimen sempena pembentangan Belanjawan 2026 oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Belanjawan kali ini memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh sistem kesihatan awam negara melalui peningkatan peruntukan serta pelaburan strategik bagi memperluas akses, menambah baik kemudahan dan memperkasa kesejahteraan rakyat.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri atas keprihatinan dan iltizam yang dizahirkan terhadap sektor kesihatan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memastikan kesihatan yang menyeluruh, inklusif dan mampan buat seluruh rakyat Malaysia.
Kerajaan MADANI — Untuk Rakyat!
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #Belanjawan2026 #MemperkasaRakyat #EkonomiMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-16 09:33:39 daripada UKK Norhanita















