11 Oktober 2025 — Persidangan Dialisis Tahunan Ke-18 (ADC 2025) dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan. Persidangan yang bertemakan “Innovate,Elevate,Transform” menekankan kepentingan saringan awal, pencegahan, serta inovasi dalam pengurusan penyakit buah pinggang kronik (CKD).
- Lebih 500 pakar kesihatan berhimpun di Petaling Jaya sempena ADC 2025 anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), yang menjadi platform utama bagi membincangkan masa depan rawatan buah pinggang di negara ini.
Antara fokus utama persidangan termasuk pemindahan buah pinggang, nephrologi lestari, dialisis peritoneal, vaksinasi, serta peningkatan kualiti hidup pesakit.
- Simposium khusus mengenai HIV & CKD turut menarik perhatian, membincangkan rawatan Highly Active Antiretroviral Therapy (HAART) bagi pesakit HIV positif, sekali gus menekankan kepentingan akses rawatan awal dan mengurangkan stigma terhadap mereka yang memerlukan dialisis.
- Sehingga kini, lebih 2.5 juta rakyat Malaysia menghidap CKD, dengan kos rawatan mencapai RM70,000 setahun bagi setiap pesakit.
ADC 2025 menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh penjagaan buah pinggang yang inovatif, lestari, dan berfokuskan pesakit. KKM komited untuk terus menyokong usaha ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-16 09:52:45 daripada UKK Norhanita













