MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KKM TERUS PERKASA AKSES KESIHATAN MENTAL UNTUK SEMUA

“Kesihatan mental adalah asas ketahanan negara. Negara yang kuat bukan hanya pada ekonominya, tetapi pada kualiti minda dan kesejahteraan emosinya .” -YB Menteri Kesihatan

12 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan merasmikan Bulan Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan 2025 bertemakan “Akses Kepada Perkhidmatan: Kesihatan Mental Dalam Krisis dan Bencana”.

Sambutan tahun ini menekankan kepentingan memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental kekal terbuka, walau ketika krisis, bencana atau kecemasan.

Insiaitif utama KKM:

  • Talian HEAL 15555 — talian bantuan krisis kesihatan mental, beroperasi 8 pagi – 12 tengah malam setiap hari.
  • Program K-MindSET (Komuniti Minda Sejahtera) — memperluas literasi kesihatan mental dan daya tahan psikologi rakyat.

KKM turut melancarkan Nota Poket Bantuan Awal Psikologi Semasa Krisis dan Bencana, serta menghargai sumbangan Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang kini terdiri daripada 256 pasukan dengan lebih 3,600 anggota terlatih di seluruh negara.

Majlis turut meraikan pemenang Pertandingan Ekspresi Emosi Menerusi Seni dan pasukan inovasi HELPIE dari SK Putrajaya Presint 11(1), penerima Pengiktirafan Sekolah Terbaik Dunia 2025 (Kategori Kesihatan Mental).

KKM komited memperkasa agenda kesihatan mental negara melalui kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan NGO, demi kesejahteraan mental rakyat selaras dengan nilai Malaysia MADANI.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2025-10-16 11:00:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page