13 Oktober 2025 — YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan memulakan lawatan rasmi ke fasiliti kesihatan negeri Selangor dengan mengunjungi Klinik Kesihatan (KK) Sungai Buloh dan Klinik Pergigian Sungai Buloh.
Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang mula beroperasi pada 1 April 2003 menerima purata 700 hingga 800 pesakit setiap hari, dengan perkhidmatan Klinik Ibu dan Anak yang bermula pada 1 Julai 2003 serta Klinik Pergigian pada Ogos 2003.
KK Sungai Buloh telah menggunakan Sistem Teleprimary Care (TPC) sejak tahun 2009 dan beralih kepada sistem rekod perubatan elektronik baharu, TPC-OCHIS, pada 22 Februari 2022.
Klinik ini menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk:
- Perkhidmatan Pesakit Luar
- Perkhidmatan Ibu dan Anak
- Perkhidmatan Sokongan Teknikal seperti Farmasi, Makmal, Radiologi, Pemakanan, Psikologi, Fisioterapi dan Pemulihan Cara Kerja.
YB Dato’ Lukanisman turut meninjau pengoperasian klinik bersama YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, serta mengambil maklum isu-isu berbangkit di lapangan.
Lawatan ini memberi ruang kepada penilaian keperluan semasa bagi memperkukuh kualiti perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan rakyat.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-16 11:13:43 daripada UKK Norhanita















