13 Oktober 2025 - YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan siri lawatan rasmi di negeri Selangor dengan dengan meninjau kemudahan dan fasiliti di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak.
PKD Gombak memainkan peranan penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan awam yang berkualiti kepada komuniti, termasuk:
- Mengurus dan menyelaras sumber kesihatan awam di peringkat daerah
- Melaksanakan dan memantau dasar serta strategi kesihatan awam kebangsaan
- Menguatkuasakan undang-undang berkaitan kesihatan awam
- Menjalankan aktiviti survelan dan kawalan penyakit
- Memastikan ketercapaian indikator kesihatan awam melalui pelbagai program dan inisiatif
YB Timbalan Menteri Kesihatan turut mendengar taklimat berhubung keperluan semasa PKD termasuk isu ruang kerja terhad, kesesakan pelanggan serta kemudahan parkir untuk pesakit dan kakitangan, selain meneliti cadangan penempatan PKD Gombak baharu yang lebih selesa dan kondusif.
Lawatan ini turut memberi ruang untuk meninjau secara dekat pengoperasian PKD serta menyantuni warga kerja yang komited dalam memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat di peringkat akar umbi.
Selain itu, YB Timbalan Menteri Kesihtan turut menyempurnakan penyerahan Sijil BeSS kepada beberapa premis makanan di sekitar kawasan PKD Gombak sebagai pengiktirafan terhadap komitmen mereka dalam mengamalkan standard keselamatan dan kebersihan makanan yang tinggi.
Turut hadir, YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Dr. Muhammad Haikal bin Ghazali, Pegawai Kesihatan Daerah Gombak.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-16 16:46:09 daripada UKK Norhanita








 GOMBAK SELANGOR/2.jpg)
 GOMBAK SELANGOR/3.jpg)
 GOMBAK SELANGOR/4.jpg)
 GOMBAK SELANGOR/5.jpg)
 GOMBAK SELANGOR/6.jpg)

