MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MDA KOMITED PERKASA INDUSTRI PERANTI PERUBATAN NEGARA

“Pelancaran  serentak IMDEC 2026 dan MedTechPreneur 1.0 melambangkan tekad Malaysia menerajui tekonologi perubatan,memperkasa keusahawanan tempatan dan memperkukuh peraturan bertaraf dunia.” -YB Menteri Kesihatan

15 Oktober 2025 — Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah KKM melaksanakan pra pelancaran International Medical Device Conference (IMDEC 2026) yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Program ini menjadi platform penting memperkukuh ekosistem kawal selia dan inovasi teknologi peranti perubatan, seiring hasrat Malaysia menjadi peneraju serantau dalam industri berimpak tinggi.

Sorotan majlis:

  • Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MDA dan SME Bank bagi menyokong usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam pembangunan peranti perubatan
  • Penyerahan Surat Pengesahan Penyertaan MedTechPreneur 1.0
  • Pengiktirafan kepada penaja dan rakan strategik IMDEC 2026.

IMDEC 2026 bakal menjadi platform global menghimpunkan pakar, inovator dan penggubal dasar bagi membincangkan trend kawal selia, teknologi baharu serta piawaian keselamatan peranti perubatan.

KKM dan MDA terus komited memperkukuh daya saing industri peranti perubatan, memupuk keusahawanan berinovasi dan menjadikan Malaysia hab teknologi kesihatan bertaraf dunia — ke arah sistem kesihatan mampan dan berpaksikan nilai MADANI.

Turut hadir, YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM.

@officialmedmalaysia

@ewonbenedickofficialmedia

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-10-16 16:58:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page