MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MENGUKUH KESIHATAN DI PERINGKAT AKAR UMBI -KLINIK KESIHATAN SEKINCHAN, KLINIK KESIHATAN BAGAN TERAP, DAN HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH (HTAJ).

15 Oktober 2025 — YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, meneruskan lawatan rasmi ke daerah Sabak Bernam, melibatkan tinjauan ke Klinik Kesihatan Sekinchan, Klinik Kesihatan Bagan Terap, dan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ).

Jelajah ini memperkukuh komitmen KKM memastikan perkhidmatan kesihatan di luar bandar terus relevan dan berimpak tinggi.

Di KK Sekinchan, YB Timbalan Menteri Kesihatan meninjau:


  • Kesihatan Pekerja Sektor Utama

  • Pengurusan Data & Fasiliti Klinik – Bagi merancang intervensi bersasar serta menilai keupayaan fasiliti dan kesiapsiagaan kakitangan.

Di KK Bagan Terap, tumpuan diberikan kepada:


  • Kesihatan Ibu & Anak (KIA) – Penjagaan rapi untuk ibu hamil dan bayi.

  • Inisiatif Komuniti – Sekolah Angkat Kesihatan dan MyCHAMPION memperkasa kesedaran kesihatan.

  • Penyakit Kronik – Pengurusan dan kaunseling berterusan untuk pesakit.

Di HTAJ, YB Timbalan Menteri Kesihatan menilai:


  • Kesiapsiagaan Kecemasan dan Perkhidmatan Pakar luar bandar.

  • Infrastruktur & Fasiliti – Memastikan keselesaan pesakit dan warga kerja.

  • Fungsi Rujukan – Menghubungkan perkhidmatan primer dan sekunder secara bersepadu.

KKM terus komited memperkukuh sistem kesihatan melalui Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan aspirasi Malaysia MADANI, demi menjamin akses penjagaan kesihatan yang berkualiti, saksama dan inklusif.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-10-21 09:12:57 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page