MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PREMIER INTEGRATED LABS LANCAR SISTEM HEMOTOLOGI SECARA AUTOMATIK PENUH DENGAN BANTUAN AI PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK AMALAN SWASTA

16 Oktober 2025- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Majlis Pelancaran pemasangan pertama sistem hematologi automatik berasaskan AI dalam amalan perubatan swasta di Malaysia.

Premier Integrated Labs memperkenalkan CAL 8000 oleh Mindray, sistem hematologi automatik sepenuhnya berasaskan AI pertama bagi sektor swasta di Malaysia — satu pencapaian penting dalam memperkasa inovasi diagnostik negara.

Sebagai sebahagian daripada IHH Laboratories di bawah IHH Healthcare Malaysia, Premier Integrated Labs terus memperkukuh kedudukannya sebagai penyedia diagnostik terkemuka dengan pemasangan sistem automasi hematologi Mindray CAL 8000.

Sistem berasaskan AI ini menggabungkan pengurusan sampel pintar serta automasi makmal bagi meningkatkan kecekapan operasi, ketepatan diagnostik dan kelancaran aliran kerja. Pendekatan ini membolehkan saintis makmal memberi tumpuan kepada analisis data dan penjagaan pesakit, seterusnya mempertingkat hasil rawatan klinikal.

Inisiatif ini sejajar dengan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperkukuh sistem kesihatan negara melalui penggunaan teknologi canggih, pendigitalan dan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-10-21 10:16:42 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page