MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KKM KOMITED PERKUKUH INOVASI DIGITAL DALAM SEKTOR FARMASI

18 Oktober 2025 — YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyempurnakan perasmian program Pharmacy Innovations Summit 2025.

Program anjuran Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG) ini merupakan inisiatif yang menghimpunkan lebih 150 pengamal farmasi komuniti, pemain industri, agensi teknologi kesihatan serta pembuat dasar untuk meneroka peranan teknologi digital dan perkhidmatan nilai tambah dalam mentransformasi perniagaan farmasi serta memperkasa penjagaan kesihatan masyarakat.

Inisiatif ini selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Kesihatan dan aspirasi MyDIGITAL, melalui penerapan rekod kesihatan elektronik, telepharmacy dan sistem pengurusan farmasi digital untuk meningkatkan keberkesanan serta capaian perkhidmatan.

Pengisian utama program:

  • Sesi plenari bersama tokoh industri dan pakar teknologi kesihatan
  • Pembentangan inovasi farmasi digital
  • Perkongsian amalan terbaik oleh ahli farmasi tempatan dan antarabangsa
  • Dialog dasar bersama pemegang taruh kesihatan awam dan swasta

KKM komited memperkukuh ekosistem farmasi negara ke arah perkhidmatan kesihatan yang lebih inovatif, digital dan berpusat kepada rakyat.

Turut hadir YBrs. Dr. Azuana Binti Ramli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) KKM dan YBrs. Puan Sarah Abdullah, Pengerusi MCPG.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-10-21 10:27:36 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page