MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

GRADUAN ILKKM BERILMU,PEMANGKIN KESIHATAN MADANI

“Graduan ILKKM  bukan sekadar tenaga kerja kesihatan ,tetapi pemangkin kepada sistem kesihatan yang inklusif,berdaya tahan dan berpaksikan nilai MADANI.”-YB Timbalan Menteri Kesihatan

18 Oktober 2025 — YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ILKKM Zon Sarawak 2025 di Dewan DeTAR, UNIMAS.

Seramai 710 graduan dari Zon Sarawak diraikan, menjadikan keseluruhan 6,316 graduan ILKKM di seluruh negara tahun ini — simbol kejayaan dalam melahirkan tenaga kesihatan berilmu, berintegriti dan berbelas ihsan.

Dalam ucapan beliau, YB Dato Lukanisman turut menekankan bahawa Belanjawan 2026 memperuntukkan RM46.52 bilion kepada sektor kesihatan – peningkatan penting untuk menaik taraf fasiliti, kebajikan petugas serta memperluas akses rawatan di seluruh negara.

Fokus utama:

  • Transformasi ILKKM – 5 kampus perintis kini berstatus Centre of Excellence (CoE), termasuk ILKKM Kuching bagi Penjagaan Kesihatan Primer.
  • Tenaga kerja masa depan – Pengambilan jururawat pelatih ditingkatkan kepada 3,000 setahun mulai 2024.
  • Era digital – Graduan digalakkan menguasai teknologi dan AI dalam perkhidmatan kesihatan
  • Komitmen KKM kekal utuh — memperkasa sistem kesihatan, membina modal insan unggul, dan memastikan kesejahteraan rakyat berlandaskan nilai Kemampanan, Kesejahteraan dan Ihsan.

Turut hadir YBhg Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (P), KKM, YBhg Dato’ Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan Ybrs Puan Emillia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, SUB, Bahagian Pengurusan Latihan

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-10-21 11:00:06 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page