“Jantung yang sihat bermula daripada disiplin diri dan sokongan keluarga. Setiap perubahan kecil dalam gaya hidup adalah langkah besar ke arah kesejahteraan diri dan negara .”-YB Menteri Kesihatan
19 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan Hari Jantung Putrajaya 2025, anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH), Hospital Putrajaya.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kesedaran kesihatan jantung di peringkat komuniti, seiring dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan insan, solidariti dan tanggungjawab bersama terhadap kesihatan awam.
Fakta penting:
- Penyakit jantung kekal antara punca utama kematian di Malaysia (18,121 kes pada 2024).
- Purata umur pesakit serangan jantung: 58 tahun — lebih muda 10 tahun daripada purata negara Barat.
- 1/3 rakyat Malaysia mempunyai kolesterol tinggi
- 1/3 menghidap hipertensi
- 1/6 menghidap diabetes
Inisiatif KKM:
- Strategi Pengurangan Garam 2021–2025 bagi mengurangkan risiko hipertensi dan serangan jantung
- Penggunaan teknologi digital kesihatan & wearables bagi pemantauan kesihatan masa nyata
- Program Zon Selamat Jantung (AED & latihan CPR komuniti) bagi memperkukuh kesiapsiagaan awam
- MyCHAMPION dan Komuniti MADANI Sihat memperkasa rakyat sebagai wira kesihatan komuniti
KKM komited memperkasa kesedaran kesihatan jantung melalui pendekatan pencegahan, pendidikan dan penglibatan komuniti demi melahirkan rakyat Malaysia yang lebih sihat, aktif dan berdaya tahan.
#SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-10-27 15:24:03 daripada UKK Norhanita


















