22 Oktober 2025 — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meraih Anugerah Emas (Sektor Awam) dalam Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 di Putrajaya.
- YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM) sambil disaksikan YBhg. Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.
- Kejayaan cemerlang ini membuktikan komitmen jitu dan amalan terbaik KKM dalam memperkasa integriti, governans dan antirasuah. Pencapaian ini meletakkan KKM sebagai suri teladan serta peneraju dalam menyahut seruan Kerajaan untuk mencapai kedudukan 25 negara terbaik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2033.
- Kemuncak majlis adalah Amanat Perdana Integriti Nasional yang julung kali diadakan dan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-10-27 11:15:49 daripada UKK Norhanita
















