MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE SABAH: KOMITMEN KKM TERUS PRIHATIN TERHADAP KESEJAHTERAAN RAKYAT

22 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, memulakan lawatan kerja rasmi ke beberapa fasiliti kesihatan di daerah Tawau, Sabah.

Lawatan ini bukan sekadar meninjau keadaan fasiliti kesihatan, tetapi turut mencerminkan komitmen berterusan KKM dalam menyantuni rakyat, memahami realiti di lapangan, menghargai pengorbanan petugas kesihatan serta memastikan akses perkhidmatan rawatan yang berkualiti dan menyeluruh untuk semua, termasuk komuniti di kawasan pedalaman.

Rangkuman Lawatan Hari Pertama:


  • Meninjau klinik yang beroperasi di bangunan sementara serta mengadakan sesi ramah mesra bersama warga fasiliti kesihatan.

  • Melawat tapak klinik lama yang uzur dan meninjau tapak cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Sebatik.

  • Menyertai aktiviti penguatkuasaan melalui pemantauan dan promosi Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024).

  • Mengadakan perbincangan berkaitan pembangunan fasiliti kesihatan serta menyempurnakan penandatanganan plak perasmian klinik.

Lokasi Lawatan:


  • Klinik Kesihatan Sungai Tamang

  • Tapak Cadangan Pembinaan Klinik Kesihatan Sebatik

  • Lawatan Premis (Kedai Serbaneka, Restoran, Kedai Vape)

  • Klinik Desa Sungai Imam

Lawatan ini menegaskan iltizam KKM untuk terus memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan negara. KKM kekal komited dalam usaha menambah baik kemudahan kesihatan serta memastikan setiap rakyat — tanpa mengira lokasi mendapat perkhidmatan kesihatan yang selamat, selesa dan berkesan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2025-10-27 11:25:35 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page