MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KOMITMEN TANPA BATAS : YB MENTERI KESIHATAN TURUN PADANG MENILAI FASILITI KESIHATAN DI SABAH

23 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, menamatkan siri lawatan kerja rasminya ke beberapa fasiliti kesihatan di Semporna dan Tawau, Sabah.

Lawatan ini mencerminkan komitmen tanpa batas KKM dalam memastikan kebajikan dan kesihatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, tanpa mengira lokasi atau latar belakang.

Sepanjang lawatan, YB Menteri berpeluang meninjau kemudahan kesihatan, mendengar pandangan serta cabaran petugas di lapangan, dan menilai keberkesanan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti setempat.

Rangkuman Hari Terakhir Lawatan

  • Meninjau komuniti dan rumah “Palauh”.

  • Program Komuniti Pulau Larapan – Gotong-Royong Perdana Perangi Aedes bersama penduduk setempat.

  • Perkhidmatan Klinik Bergerak Bot Komuniti (KBBK) – Pemeriksaan kesihatan dan khidmat rawatan kepada penduduk Pulau Larapan.
  • 
 Lawatan ke Klinik Kesihatan – Sesi ramah mesra bersama petugas kesihatan, orang awam, serta tinjauan terhadap Program Minggu Kesedaran Rabies.

Lokasi Lawatan

  • Pulau Sipangau

  • Klinik Desa Pulau Bait

  • Pulau Larapan

  • Klinik Kesihatan Apas Balung

Lawatan ini memperkukuh usaha KKM dalam memastikan setiap rakyat, tanpa mengira latar dan lokasi, mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan yang adil, berkualiti dan menyeluruh — demi membina Malaysia MADANI yang sihat dan sejahtera.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-10-27 11:42:53 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page