MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

RCM76 MELABUHKAN TIRAI : MALAYSIA TEGUH MEMPERKUKUH KERJASAMA KESIHATAN SERANTAU

24 Oktober 2025 — Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat WHO ke-76 (RCM76) telah melabuhkan tirai di Nadi, Fiji, dengan Malaysia memainkan peranan aktif sepanjang persidangan.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan telah membentangkan kenyataan negara yang menekankan pelbagai inisiatif kesihatan utama, di samping menyampaikan 10 intervensi penting dalam bidang kesihatan awam.

Selain penyertaan dalam sesi utama, Malaysia turut mengadakan beberapa mesyuarat dua hala yang produktif:


  • Singapura – membincangkan isu kawalan vape dan tembakau.

  • China – menumpukan kepada kawalan vape dan tembakau serta berkongsi pengalaman dalam menghadapi pandemik COVID-19.
  • 
 Australia – mengadakan sesi tidak rasmi mengenai kesan larangan media sosial bagi kanak-kanak di bawah 16 tahun, kesihatan mental, serta integrated primary healthcare.

Malaysia turut menjadi ahli panel dalam acara sampingan bertajuk “Sistem Kesihatan Berdaya Tahan Iklim”, di mana delegasi berkongsi inisiatif serta hala tuju nasional selepas penyertaan dalam ATACH (Alliance for Transformative Action on Climate and Health).

Delegasi juga berpeluang bertemu dengan Menteri Kesihatan Fiji dan Pengarah Serantau WHO bagi Pasifik Barat, memperkukuh hubungan serta memperluas kerjasama serantau dalam bidang kesihatan awam.

Penyertaan aktif Malaysia dalam RCM76 mencerminkan komitmen berterusan negara dalam memperkukuh sistem kesihatan dan memacu agenda kesihatan global serta serantau.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image

Kemaskini pada 2025-10-27 14:31:04 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page