“Saya menyeru semua wnaita agar tidak menunggu ,sebaliknya tampil melakukan pemeriksaan payudara secara berkala.Langkah kecil ini mampu menyelamatkan nyawa.” -DYMM Tengku Permaisuri Selangor
25 Oktober 2025 – Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menyempurnakan acara larian “Pink Ribbon Run 2025” sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025.
Bertemakan “Bersatu Demi Wanita: Sebarkan Kesedaran, Selamatkan Nyawa”, acara ini membuka tirai pasca kempen untuk terus beri tekanan kepada kepentingan saringan dan pengesanan awal.
Inisiatif utama “Pink Ribbon Run 2025”
- Penyertaan 900 peserta pelbagai latar belakang sebagai simbol solidariti melawan kanser.
- Saringan Percuma bagi kumpulan B40 untuk memperluas akses kesihatan wanita.
- Promosi Kesihatan dan Sembang Wanita Xtra – perkongsian ilmu dan pengalaman bagi mengenai pengesanan awal.
- Pasca -Pink October – kesinambungan aktiviti kesedaran dan saringan sepanjang tahun.
Seramai 19,678 wanita telah menjalani saringan kanser payudara dalam tempoh 1–24 Oktober,hampir mencapai sasaran 20,000 wanita menjelang Disember 2025 -menunjukkan sambutan menggalakkan terhadap usaha dan pengesanan awal.
KKM komited memastikan setiap wanita di Malaysia mendapat peluang untuk dikesan dan dirawat lebih awal, selaras dengan nilai MADANI: Kesejahteraan dan Ihsan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-27 14:46:35 daripada UKK Norhanita






















