26 Oktober 2025 — Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, diiringi YBhg. Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, meninjau tahap kesiapsiagaan pasukan kesihatan di Medical Command Centre (MCC) yang beroperasi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
KKM telah menyediakan dua bilik rawatan lengkap yang berfungsi seperti hospital mini, dilengkapi dengan lapan katil, peralatan pemantauan pesakit, kemudahan resusitasi, defibrillator serta ubat-ubatan kecemasan.
- Satu bilik diperuntukkan khusus untuk kegunaan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan, manakala satu lagi disediakan bagi menampung keperluan delegasi ASEAN serta petugas persidangan.
- KKM turut memperkukuh kawalan kesihatan awam melalui pemeriksaan hotel penginapan dua minggu sebelum persidangan, pensampelan makanan secara harian serta pengisytiharan kawasan sidang kemuncak sebagai zon larangan merokok .
- Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga KKM yang bertugas, atas komitmen, profesionalisme dan dedikasi tinggi dalam memastikan aspek kesihatan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN 2025 berada pada tahap terbaik.
Komitmen dan kesungguhan pasukan KKM menjadi tunjang utama dalam memastikan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 berlangsung dengan selamat, lancar dan cemerlang — demi maruah negara serta kesejahteraan seluruh rantau.
@myasean2025
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ASEANSummit2025 #MyASEAN2025 #ASEANMalaysia
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-27 15:06:38 daripada UKK Norhanita














