26 Oktober 2025 — Satu penghormatan buat saya menerima ketibaan Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Rusia, TYT Alexey Overchuk, yang diiringi oleh TYT Naiyl M. Latypov, Duta Besar Persekutuan Rusia ke Malaysia, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.
Tahun ini menandakan 58 tahun hubungan diplomatik Malaysia–Rusia, yang berasaskan persahabatan dan saling menghormati, suatu ikatan yang terus diperkukuh di bawah kepimpinan kedua-dua negara.
Seperti yang ditegaskan oleh Presiden Vladimir Putin dan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan rasmi mereka di Moscow baru-baru ini, kedua-dua negara komited memperluas kerjasama dalam bidang kesihatan, pendidikan, sains, teknologi dan kemanusiaan.
Kehadiran delegasi Rusia di Sidang Kemuncak ASEAN kali ini turut menyerlahkan keyakinan tinggi terhadap peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, dalam memperkukuh solidariti serantau dan kerjasama global demi keamanan dan kesejahteraan bersama.
Kredit foto: BERNAMA & The sun
Sumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ASEANSummit2025 #MyASEAN2025 #ASEANMalaysia
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-27 15:12:50 daripada UKK Norhanita








/1.jpg)
/2.jpg)

