“Anda bukan sekadar penyampai mesej kesihatan,tetapi duta perubahan ,penggerak budaya hidup sihat dan pemangkin kesejahteraan komuniti.” -YB Timbalan Menteri Kesihatan
26 Oktober 2025 — YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Majlis Anugerah MyCHAMPION Peringkat Kebangsaan 2025 bagi menghargai sukarelawan MyCHAMPION yang berperanan sebagai ejen perubahan dalam memperkasa kesihatan rakyat.
MyCHAMPION, di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), melahirkan sukarelawan terlatih untuk mendidik masyarakat mengenai gaya hidup sihat serta menghubungkan mereka dengan perkhidmatan kesihatan melalui Wellness Hub dan Wellness on Wheels (WoW).
Kerajaan menzahirkan komitmen berterusan dengan menyediakan perlindungan insurans, elaun khas semasa krisis kesihatan dan geran RM5 juta bagi menyokong aktiviti promosi kesihatan MyCHAMPION.
Dengan semangat “Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita, Sihat Itu Malaysia”, KKM menyeru lebih ramai rakyat menyertai MyCHAMPION demi masyarakat yang sihat dan berdaya tahan.
Penganugerahan lapan kategori MyCHAMPION menjadi penghargaan kepada dedikasi sukarelawan serta pemangkin untuk terus membudayakan kehidupan sihat dan memelihara kelestarian alam — selaras dengan nilai MADANI: Kesejahteraan, Daya Cipta dan Ihsan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ANMS
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-27 15:19:52 daripada UKK Norhanita













