MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KKM MENGHARGAI KOMITMEN: JUBLI PERAK MALAYSIAN STEM REGISTRY (MSCR)

“ MSCR ialah permata dalam perkhidmatan kesihatan negara.Sambutan Jubli Perak ini mencerminkan komitmen berterusan KKM dalam meningkatkan kualiti rawatan dan memperkukuh inovasi terapi sel stem demi memberi harapan baharu kepada pesakit.”-YB Menteri Kesihatan

30 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan Sambutan Jubli Perak Malaysian Stem Cell Registry (MSCR) yang meraikan 25 tahun sumbangan penting dalam menyelamatkan nyawa dan memajukan perkhidmatan kesihatan negara.

Sejak ditubuhkan, MSCR telah berjaya mendaftarkan lebih 45,000 penderma sukarela daripada pelbagai latar belakang etnik di seluruh negara. Melalui pangkalan data ini, sebanyak 22 pemindahan sel stem darah telah berjaya dilaksanakan menggunakan penderma bukan keluarga (Matched Unrelated Donor, MUD) — sekali gus memberi peluang kedua kepada pesakit yang tidak mempunyai penderma sepadan dalam kalangan keluarga.

Pencapaian MSCR:


  • Mengumpul dan membekalkan sel stem penting untuk rawatan penyakit darah seperti leukemia.

  • Menerima akreditasi penuh daripada World Marrow Donor Association (WMDA).

  • Menyokong lebih 600 transplantasi autologus dan 1,800 transplantasi alogenik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kekal komited memperkukuh inovasi dan penyelidikan kesihatan demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-10-31 11:09:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page