“Dengan kepakaran dan semangat pasukan sedia ada HRC bakal muncul sebagai Centre Of Excellence Nasional dalam bidang Rehabilitasi -dan seterusnya menjadi rujukan serantau Asia Tenggara.” -YB Menteri Kesihatan
30 Oktober 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Serah Terima Peralatan Centre Of Excellence (COE) Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
HRC menerima peruntukan RM5.38 juta bagi 37 jenis peralatan perubatan terkini meliputi:
- Fisioterapi
- Terapi cara kerja
- Terapi pertuturan dan lain-lain
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada penubuhan Pusat Kecemerlangan (CoE) di bawah Reformasi Sistem Kesihatan KKM, yang melibatkan 21 hospital dan institusi dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100 juta bagi tempoh 2025–2026.
- Penubuhan CoE bukan sekadar pada kelengkapan moden, tetapi turut menekankan kepakaran, latihan dan penyelidikan.
- HRC sebagai satu-satunya hospital awam khusus rehabilitasi membuktikan keupayaannya melalui fasiliti dan teknologi tinggi — selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan komitmen KKM terhadap sistem kesihatan inklusif.
KKM komited memastikan akses perkhidmatan kesihatan terbaik melalui teknologi tinggi, agar nikmat sihat dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-10-31 11:19:33 daripada UKK Norhanita















