“Saya menghargai usaha Sekretariat CCM Malaysia dan Majlsi AIDS Malaysia atas penganjuran program ini.Semoga ia menjadi titik permulaan kepada kerjasama lebih erat dalam melaksanakan amanah besar ini. Dengan ilmu,integriti dan semangat MALAYSIA MADANI,marilah kita bersama merealisasikan aspirasi negara-bebas HIV/AIDS menjelang 2030.” -YB Timbalan Menteri Kesihatan
3 November 2025 — YB Dato’ Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Pengerusi Country Coordinating Mechanism (CCM) Malaysia meluncurkan Program Induksi Ahli – Ahli Baharu CCM Malaysia bagi Penggal 2025–2028.
- Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman, komitmen dan kerjasama dalam melaksanakan mandat CCM ke arah sistem kesihatan yang lebih inklusif, berkesan dan mampan.
- CCM Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 2009, berperanan menyelaras dan memantau penggunaan geran Global Fund to Fight AIDS, Tuberculosis and Malaria (Global Fund) melalui Majlis AIDS Malaysia selaku penerima utama. Platform ini memastikan setiap keputusan dibuat secara inklusif dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan — kerajaan, komuniti, sektor swasta, akademia serta rakan pembangunan antarabangsa.
- KKM komited memperkukuh usaha pencegahan dan rawatan HIV melalui pendekatan inklusif, mesra komuniti serta bebas stigma dan diskriminasi, khususnya bagi belia dan populasi kunci.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Ngadiman, Naib Pengerusi CCM Malaysia, dan YBrs. Dr. Fazidah binti Yuswan, Setiausaha Eksekutif CCM Malaysia.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-04 09:33:44 daripada UKK Norhanita








 MALAYSI 2025-2028/1.jpg)
 MALAYSI 2025-2028/3.jpg)
 MALAYSI 2025-2028/4.jpg)
 MALAYSI 2025-2028/5.jpg)

