3 November 2025 — YBhg. Dato’ Sri Dr. Mahathar bin Abd. Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan meluncurkan Sambutan Hari Pengajar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2025 serta Sambutan Jubli Baiduri 15 Tahun Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru.
Majlis julung kali ini memperkenalkan tiga kategori Anugerah Pengajar KKM sebagai pengiktirafan kepada warga pendidik cemerlang:
- Anugerah Pengajar Perdana — Sumbangan luar biasa dan berimpak tinggi dalam latihan serta kepimpinan.
- Anugerah Pengajar Wawasan — Pencapaian inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Anugerah Pengajar Harapan — Pengiktirafan kepada pengajar muda berpotensi besar dalam kepimpinan akademik.
Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan rasmi KKM terhadap dedikasi para pengajar yang menjadi nadi utama pembangunan profesionalisme tenaga kesihatan di ILKKM.
- Sambutan Jubli Baiduri turut meraikan ILKKM Johor Bahru sebagai antara lima Pusat Kecemerlangan (CoE) dalam bidang Sains Kesihatan, dengan tumpuan pada Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja.
- KKM komited memastikan pembangunan modal insan, termasuk tenaga pengajar kesihatan, terus diperkasa secara menyeluruh bagi melahirkan perkhidmatan kesihatan yang holistik dan berkualiti.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-11-04 09:44:18 daripada UKK Norhanita


















