“Sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Rawatan dan Semakan undang-undang ,saya percaya kerjasama antara sektor kesihatan dan perundangan mampu membina sistem yang memulih,bukan menghukum-memberi peluang kedua,memulihkan maruah dan mewujudkan masyarakat yang lebih bebelas kasihan.” -YB Timbalan Menteri Kesihatan
4 November 2025 – YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meluncurkan ‘Drug Policy Summit Malaysia 2025’ anjuran Drug Policy Program Malaysia (DPPM) di bawah naungan Yayasan AIDS Malaysia (MAF), menghimpunkan lebih 150 peserta termasuk 14 delegasi antarabangsa terdiri daripada pakar kesihatan awam, penguat kuasa undang-undang, ahli akademik dan NGO.
Sidang kemuncak ini menjadi platform penting memperkukuh kerjasama antara pelbagai pihak ke arah dasar yang inklusif, berasaskan bukti dan berpaksikan kesihatan awam serta hak asasi manusia.
Persidangan ini juga membuka ruang ke arah penilaian semula dasar dadah dengan memberi penekanan kepada pencegahan, rawatan, pemulihan dan pendekatan pengurangan kemudaratan berbanding hukuman.
KKM komited memperhalusi aspek rawatan, pemulihan dan pengurangan kemudaratan melalui kerjasama rentas kementerian dan agensi bagi membina masyarakat MADANI yang sihat, berdaya tahan dan penuh belas kasihan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-05 09:44:50 daripada UKK Norhanita














