MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PROGRAM ERAT: PEMERKASAAN PESAKIT DIABETES KE ARAH HIDUP LEBIH SIHAT

“Inisiatif ini merupakan kerjasama strategik untuk memperkasa pesakit diabetes mengambil tanggungjawab terhadap kesihatan diri.Matlamatnya bukan sekadar merawat penyakit, tetapi membekalkan rakyat dengan ilmu,keupayaan  dan keyakinan  mengurus kesihatan secara berkesan.” -YB Menteri Kesihatan  

4 November 2025 – YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan Program ERAT (Empowering Patients Living with Diabetes), hasil kerjasama strategik antara KKM, Novo Nordisk dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

  • Program ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan pesakit diabetes melalui bimbingan ahli farmasi DMTAC bagi membantu mereka memahami rawatan dan mengurus kesihatan dengan lebih berkesan.

Data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan:

  • 3.6 juta rakyat dewasa menghidap diabetes
  • 1.9 juta lagi tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut
  • Faktor utama termasuk gula darah tidak terkawal, obesiti dan hipertensi, ditambah dengan tahap literasi kesihatan yang rendah.

Program ERAT berteraskan tiga fokus utama:


  • Pemerkasaan melalui ilmu

  • Pemeriksaan kesihatan berkala

  • Komitmen melawan diabetes

KKM komited untuk terus memperkukuh usaha pemerkasaan pesakit diabetes melalui kerjasama strategik pelbagai pihak, ke arah peningkatan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image

 


Kemaskini pada 2025-11-05 09:52:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page