4 November 2025 — YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd. Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tahun 2022 hingga 2024.
Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai hasil inovasi warga KKM yang kreatif, berimpak serta berpotensi untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan kesihatan.
Antara anugerah yang disampaikan termasuk:
- Anugerah Inovasi KKM
- Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
- Anugerah Konvensyen Quality Assurance (QA)
- Anugerah Perdana Inovasi
- Anugerah Khas Inovasi
KKM komited memupuk budaya inovasi berterusan dalam kalangan warga kerja bagi melahirkan penyelesaian kreatif yang berdaya saing serta mampu mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan negara.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-05 10:19:08 daripada UKK Norhanita

















