MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PELANCARAN RASMI IJN UNIVERSITY COLLEGE: MEMANTAPKAN KAPASITI NEGARA DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN BERTARAF KHUSUS

“MADANI ini tentunya merangkumi kepintaran, kemahiran dan teknologi baharu,namun aspek yang paling ditekankan ialah nilai manusiawi- kemanusiaan. Ia mencerminkan karamah insaniah,iaitu ihsan yang perlu ada ,khususnya dalam bidang perubatan.” -YAB PMX

4 November 2025 — YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri merasmikan IJN University College (IJNUC), menandakan peningkatan rasmi kolej IJN ke status universiti kolej.

  • Penubuhan IJNUC merupakan langkah strategik dalam memperkukuh kapasiti negara dalam pendidikan dan latihan kesihatan bertaraf antarabangsa. Institusi ini akan menawarkan pelbagai program khusus termasuk Sains Kardiovaskular dan Torasik, Kejururawatan, Farmasi, dan Psikologi, bagi melahirkan tenaga profesional kesihatan yang berkemahiran tinggi serta berempati.
  • Pencapaian ini mencerminkan komitmen IJN Holdings dalam menggabungkan kecemerlangan akademik dengan amalan klinikal bertaraf dunia, sekali gus mengekalkan reputasi Malaysia sebagai peneraju serantau dalam penjagaan perubatan khusus.
  • Pelancaran ini turut menjadi detik penting dalam usaha memajukan pendidikan kesihatan negara, memperkukuh penyelidikan serta memperluas kerjasama strategik dengan institusi dalam dan luar negara.

KKM komited menyokong usaha memperkukuh pendidikan dan latihan kesihatan negara, selaras dengan aspirasi untuk melahirkan tenaga profesional yang berdaya saing, beretika dan berteraskan nilai kemanusiaan.

@anwaribrahim_my

@jabatanperdanamenteri

@institutjantungnegara

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-11-06 09:48:50 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page