4 November 2025 — KKM telah menerima Sijil Penarafan Hijau JKR (pHJKR) sempena JKR Green Day 2025, yang disampaikan oleh YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya. Sijil tersebut diterima oleh YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), KKM, diiringi oleh YBrs. Ir. Ts. Huszian bin Husin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), KKM.
Sebelumnya, pada 30 Oktober 2025, KKM turut menerima Anugerah Pengiktirafan Khas MyCREST semasa QUEST Day 2025 anjuran CIDB Malaysia atas kecemerlangan pelaksanaan penarafan bangunan hijau di fasiliti kesihatan.
Penganugerahan ini mencerminkan usaha berterusan KKM dalam memperkukuh kecekapan tenaga dan persekitaran hijau di fasiliti kesihatan, selaras dengan aspirasi negara ke arah sifar bersih menjelang tahun 2050.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-11-06 10:04:28 daripada UKK Norhanita












