“Senyuman yang sihat mencerminkan keyakinan diri serta kesejahteraan fizikal,mental dan sosial rakyat Malaysia .” -YB Menteri Kesihatan
6 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, mengadakan lawatan kerja rasmi dan sesi ramah mesra bersama warga Pusat Pergigian Kanak-Kanak serta Institut Latihan KKM (Pergigian) di Georgetown, Pulau Pinang.
- Institusi ini telah melahirkan lebih 12,000 profesional pergigian di seluruh negara melalui pendekatan ‘Hospital Pendidikan’ yang menekankan empati dan khidmat masyarakat.
- Selaras dengan Global Oral Health Action Plan 2023–2030 dan aspirasi Universal Health Coverage (UHC), KKM terus memperkukuh sektor pergigian melalui inisiatif digitalisasi sistem, perkhidmatan komuniti serta penerapan teknologi baharu seperti AI dan 3D Printing.
- Selain itu, sistem asas pergigian seperti Dental Information System (DIS) dan MyVAS sedang diperluas bagi meningkatkan kecekapan serta keseragaman perkhidmatan pergigian. Setakat ini, 71 klinik telah menggunakan DIS dan 956 lagi disasar beroperasi secara digital sepenuhnya menjelang 2027.
- Dalam lawatan tersebut, YB Menteri mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi menaik taraf sistem penghawa dingin ILLKM (Pergigian) demi keselesaan warga latihan.
KKM komited memperkukuh sektor pergigian dan memperkasa kesihatan mulut demi memastikan rakyat Malaysia menikmati “Senyuman Sihat Sepanjang Hayat.”
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-10 10:18:05 daripada UKK Norhanita















