“Menjadi sukarelawan bukan sekadar membantu orang lain,tetapi membina empati dan jati diri.Saya bangga melihat anak muda Malaysia memimpin dengan hati dan semangat perpaduan.” -YB Timbalan Menteri Kesihatan
7 November 2025 — Universiti Islam Selangor (UIS) melangsungkan Majlis Pelepasan YSS–ASEAN Students Volunteer Mission to Sarawak 2025 yang diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan.
Seramai 174 orang sukarelawan pelajar, termasuk penyertaan dari Vietnam dan Singapura, akan menabur bakti di sembilan lokasi terpilih di seluruh Sarawak dengan menjunjung semangat “Perpaduan Melalui Kesukarelawanan.”
- Program ini memperkukuh persediaan para sukarelawan dalam melaksanakan projek komuniti berasaskan pendidikan, kesihatan, keselamatan dan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar Sarawak.
Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh semangat kesukarelawanan serantau, tetapi juga memperlihatkan komitmen berterusan Malaysia dalam melahirkan generasi muda yang prihatin, berdaya saing dan bersatu demi kesejahteraan komuniti.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-11-10 10:24:40 daripada UKK Norhanita












