“Festival ini bukan sekadar program kesihatan,tetapi komitmen KKM untuk memperkasakan komuniti dalam membudayakan gaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran melalui pelbagai perkhidmatan dan aktiviti.”-YB Timbalan Menteri Kesihatan
8 November 2025 — YB Dato’ Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Festival Sihat Itu Saya 2025 menggabungkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) KKM yang diadakan pada 8 hingga 9 November 2025 di Bekenu, Miri, Sarawak.
Program ini bertujuan mendekati komuniti akar umbi serta memperkukuh amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
- Perkhidmatan pergigian
- Saringan kesihatan
- Lawatan komuniti & gotong-royong
- Reruai agensi pelbagai & pameran interaktif MyCHAMPION
- Bas Pergigian
- Saringan Kanser Kolorektal
Turut diperkenalkan, Wellness on Wheels (WOW) Zoomers, iaitu perkhidmatan kesihatan bergerak yang terus mendekati komuniti. Selain itu, Wellness Hub Bekenu yang kini dalam pembinaan bakal menjadi Wellness Hub terbesar di Malaysia dan akan menyediakan pelbagai perkhidmatan, antaranya:
- Penilaian risiko kesihatan
- Runding cara gaya hidup sihat
- Pengurusan berat badan
- Aktiviti kecergasan
- Perkhidmatan berhenti merokok
Berbaki 1 hari sahaja lagi, orang ramai digalakkan untuk turut serta memeriahkan program ini sambil menikmati pelbagai aktiviti kesihatan, pameran interaktif, serta perkhidmatan komuniti yang disediakan.
Kementerian Kesihatan Malaysia — Untuk Rakyat
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #FestivalSihatItuSaya #ANMS
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-10 10:51:18 daripada UKK Norhanita

















