“Konsep MADANI menekankan bahawa kecemerlangan hospital bergantung pada perkhidmatan keseluruhannya. Kejayaan ini adalah hasil sumbangan semua warga kerja -darpada doktor dan jururawat hinggalah petugas pembersihan dan penyedia makanan yang memastikan hospital beroperasi dengan baik.” -YAB PMX
10 November 2025 — Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, atas peluncuran Blok Bangunan Baharu Hospital Tawau. Majlis perasmian turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM serta kepimpinan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Pengisian utama:
- Pembukaan Blok C menambah 154 katil baharu, menjadikan 585 katil keseluruhan, meningkatkan kapasiti rawatan pesakit.
- Dilengkapi kemudahan moden termasuk MRI, Mammogram dan peralatan diagnostik canggih bagi memperkukuh perkhidmatan.
Pembangunan ini merangkumi:
- 6 dewan bedah
- Klinik Pakar
- Jabatan Kecemasan & Trauma
- Farmasi Pesakit Luar
- 5 wad tambahan
- Fasiliti TPN (Total Parenteral Nutrition) & CTR (Cytotoxic Drug Reconstitution)
- Auditorium, bilik seminar & perpustakaan
Perasmian ini menandakan langkah penting menuju masa depan sistem kesihatan Sabah yang lebih mampan, moden dan inklusif, selaras dengan aspirasi MADANI.
@anwaribrahim_my
@dzulkefly_ahmad
@surianibintiahmad
@jabatanperdanamenteri
@malaysiapmo
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #HospitalTawauPMX
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-11-12 15:19:33 daripada UKK Norhanita


















