MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

HARI ICT KKM 2025: PACU INOVASI DIGITAL KESIHATAN KE ARAH MALAYSIA MADANI

“Dalam era digital yang semakin berasaskan teknologi,keselamatan siber bukan lagi satu pilihan tetapi menjadi keperluan utama dalam menjamin kelangsungan  dan  ketahanan perkhidmatan jagaan kesihatan negara.” -YB Menteri Kesihatan

11 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan Hari ICT Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Polisi Keselamatan Siber (PKS) KKM serta Aplikasi Chatbot berasaskan Kecerdasan Buatan (AI).

  • Polisi Keselamatan Siber (PKS) KKM digubal sebagai panduan menyeluruh untuk memperkukuh tadbir urus, pengurusan risiko, serta kawalan keselamatan siber di seluruh struktur organisasi KKM.
  • Aplikasi Chatbot berasaskan AI akan mula dilaksanakan di Portal Rasmi KKM mulai 10 November 2025, bagi memberikan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang lebih mudah, pantas dan inovatif, selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI.
  • Dalam meraikan kecemerlangan digital, Anugerah Transformasi Kesihatan Digital diberikan kepada negeri, daerah, fasiliti, pasukan teknikal serta individu yang telah menunjukkan iltizam, kreativiti dan kepimpinan dalam memacu agenda pendigitalan kesihatan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

KKM terus komited dalam memperkukuh ekosistem kesihatan digital yang mampan, berdaya tahan dan selamat, demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-11-12 15:28:41 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page