MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA DEKRIMINALISASI DADAH BIL.1/2025

12 November 2025 – YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dekriminalisasi Dadah yang berlangsung di Kompleks Cenderasari, Kuala Lumpur.

Fokus Mesyuarat

  • Jawatankuasa ditubuhkan pada 19 Jun 2024 dan dianggotai oleh pelbagai kementerian, agensi, kumpulan pakar serta badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam penggubalan dasar dan polisi, serta penguatkuasaan perundangan berkaitan dadah.
  • Memberi tumpuan kepada perbincangan terperinci mengenai isu perundangan, rawatan dan pemulihan ketagihan dadah di Malaysia.

Penyalahgunaan dadah kekal sebagai cabaran kesihatan awam dan sosial yang memerlukan pendekatan menyeluruh dan kolaboratif antara pelbagai sektor seperti kesihatan, keselamatan, pendidikan dan masyarakat sivil, sejajar dengan pendekatan Whole-of-Nation. Usaha ini bukan hanya bergantung kepada penguatkuasaan, tetapi turut menekankan pencegahan, rawatan, pemulihan dan sokongan komuniti berterusan.

KKM komited untuk memperkukuh usaha dekriminalisasi dadah melalui pendekatan berasaskan kesihatan awam, memastikan akses kepada rawatan dan pemulihan yang menyeluruh, serta mempergiat kerjasama antara agensi bagi membina masyarakat bebas daripada penyalahgunaan dadah.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-11-14 11:13:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page