“Pendigitalan bukan sekadar tentang teknologi baharu,tetapi tentang bagaimana ia memperkukuh hubungan antara warga KKM dan rakyat.Transformasi digital ini akan memanfaatkan rakyat melalui diagnosis dan rawatan yang lebih tepat fan cekap ,sambil mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan adil untuk warga KKM.”-YB Menteri Kesihatan
13 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi bulan November 2025 sebagai penghargaan kepada seluruh warga KKM di semua peringkat yang menjadi nadi perkhidmatan kesihatan negara.
- Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang dinobatkan sebagai Hospital Paling Lestari di Asia pada Hospital Management Asia (HMA) Awards 2025 di Vietnam, mengatasi 399 penyertaan dari 14 negara.
- Anugerah Penarafan 5 Bintang turut disampaikan kepada hospital dan institusi perubatan khas yang menunjukkan kecemerlangan dalam tadbir urus, integriti dan mutu perkhidmatan.
Impak kepada Rakyat:
- Perkhidmatan kesihatan lebih cepat, efisien & mesra pesakit
- Fasiliti kesihatan lebih hijau & lestari
- Petugas kesihatan lebih kompeten & sejahtera
- Akses rawatan terbaik untuk semua rakyat tanpa pengecualian
KKM terus komited membina sistem kesihatan yang berdaya tahan, lestari & berperikemanusiaan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-14 11:22:24 daripada UKK Norhanita













