“Tiada kementerian ,yayasan atau syarikat mampu tangani isu HIV secara bersendirian.Mulai 2025, kerajaan meningkatkan peruntukan Differentiated HIV Services for key Population(DHSKP) kepada RM8 juta,sebagai komitmen terhadap pencegahan dan penjagaan berasaskan komuniti” -YB Menteri Kesihatan
13 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Zulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir program Majlis Makan Malam Amal Red Ribbon Gala 2025, acara tahunan bertujuan mengumpul dana bagi menyokong akses kepada rawatan, penjagaan dan sokongan untuk komuniti yang hidup dengan HIV.
- Kerajaan turut memperuntukkan lebih RM80 juta setiap tahun bagi rawatan HIV dan perkhidmatan sokongan di seluruh negara.
- Ditubuhkan pada 1993, Yayasan AIDS Malaysia (MAF) terus memainkan peranan penting dalam pencegahan, pendidikan, sokongan komuniti, perlindungan hak asasi dan bantuan kepada organisasi yang memperjuangkan isu HIV/AIDS.
Impak Kepada Rakyat:
- Memastikan akses rawatan HIV yang konsisten, berkualiti dan mampu dicapai oleh semua.
- Menguatkan sokongan komuniti bagi membantu penerima rawatan kekal sihat dan produktif.
- Menjamin perlindungan hak dan mengurangkan stigma terhadap individu yang hidup dengan HIV.
- Memperkukuh jaringan kerjasama kerajaan–komuniti demi hasil kesihatan lebih baik untuk negara.
Malaysia komited menamatkan AIDS menjelang 2030 melalui ihsan, keterangkuman dan dasar berasaskan bukti. KKM akan terus perkukuh pendekatan pengurangan kemudaratan serta memastikan pembiayaan domestik mampan agar tiada siapa tercicir.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-18 11:43:45 daripada UKK Norhanita











