“Saya yakin bahawa contoh baik dan nilai murni yang dibawa oleh para veteran ,termasuk sifat ihsan ,kasih dan sayang telah banyak membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di KKM.”-YB Menteri Kesihatan
14 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menghadiri ke Majlis Malam Mesra Kenangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2025 yang menghimpunkan warga KKM bagi meraikan jasa, dedikasi dan sumbangan mereka yang telah berkhidmat dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
- Seramai 32 warga KKM yang telah bersara terdiri daripada 10 pegawai skim perkhidmatan pengurusan dan profesional serta 22 pegawai skim perkhidmatan sokongan dan pelaksana menerima penghargaan atas komitmen dan sumbangan mereka dalam memantapkan sistem kesihatan negara.
Impak Kepada Rakyat:
- Memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap hasil pengalaman dan dedikasi warga KKM sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
- Memperkukuh sistem perlindungan kesihatan negara melalui komitmen berterusan warga KKM dalam melaksanakan tugas harian.
- Menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan rakyat melalui usaha berfokus untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.
- Mengukuhkan budaya kerja berteraskan ihsan, kasih dan sayang yang menjadi asas kepada penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh.
KKM kekal komited untuk memperkukuh sistem kesihatan negara dan terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-18 12:10:32 daripada UKK Norhanita













