MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

25 TAHUN HOSPITAL PUTRAJAYA: MELAKAR KECEMERLANGAN ,MENJULANG WIRA MADANI

“Sistem kesihatan yang baik bukan bergantung pada bangunan atau teknologi ,ia bergantung pada manusia  yang menggerakkannya.”-YB Menteri Kesihatan

15 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Jelajah Wira MADANI @ 25 Tahun Hospital Putrajaya.

  • Majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap semangat, pengorbanan dan dedikasi warga kesihatan, khususnya para wira barisan hadapan yang telah berkhidmat tanpa mengenal erti penat lelah demi kesejahteraan rakyat sepanjang 25 tahun penubuhan Hospital Putrajaya.
  • Hospital Putrajaya mencipta sejarah apabila disenaraikan sebagai salah satu World’s Best Hospitals 2025 oleh Newsweek & Statista, satu pengiktirafan yang mencerminkan kecemerlangan, profesionalisme dan komitmen hospital dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

Turut hadir, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara bersama hampir 1,000 peserta yang terdiri daripada kakitangan, pesara dan bekas petugas Hospital Putrajaya, warga Ibu Pejabat KKM serta rakan strategik daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Impak Kepada Rakyat:

  1. Akses rawatan bertaraf dunia.
  2. Penekanan keselamatan dan kesejahteraan pesakit.
  3. Meningkatkan kepercayaan terhadap sistem kesihatan negara.
  4. Inspirasi untuk generasi baru barisan hadapan.

KKM komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan para petugas kesihatan dan warganya sentiasa menjadi keutamaan.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-11-18 12:19:07 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page