MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

PELANCARAN OHMY-X: MEMPERTEGUH KETAHANAN KESIHATAN NEGARA

“Kekuatan ,ketahanan, dan kesiapsiagaan negara hanya dapat dicapai melalui kerjasama rentas sektor dan MyOHUN menjadi tulang belakang dalam membangunkan generasi pelindung One Health masa depan.” -YB Menteri Kesihatan

16 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, merasmikan pelancaran One Health Malaysia Youth Exchange (OHMY-X) Series sempena One Health Day 2025. Program ini menghimpunkan bakat muda, saintis, akademik, dan profesional dalam usaha memperkukuh agenda One Health di Malaysia.

Teras Program:

  • Pendekatan One Health: Menangani penyakit zoonotik, (penyakit yang boleh berpindah daripada haiwan ke manusia), wabak baharu, rintangan antimikrob (AMR), dan isu biosekuriti secara holistik.
  • Kerjasama Rentas Sektor: Kesiapsiagaan negara dipertingkat melalui usaha bersama KKM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan NRES, selaras dengan rangka kerja global.
  • OHMY-X: Merupakan platform untuk melatih generasi muda sebagai barisan pelindung masa hadapan. Program ini berfungsi sebagai rantaian pelindung negara merangkumi pelbagai disiplin.

Impak Kepada Rakyat:

  1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai isu kesihatan zoonotik dan AMR.
  2. Memastikan respon yang lebih pantas dan bersepadu terhadap ancaman kesihatan, seterusnya melindungi nyawa dan kesejahteraan rakyat.
  3. Menyediakan generasi profesional muda yang berkemahiran tinggi, meningkatkan kualiti sistem kesihatan dan keselamatan negara.
  4. Memperkukuh kesihatan awam dan biosekuriti, sekaligus menurunkan risiko wabak dan gangguan kesihatan di peringkat komuniti.

KKM komited untuk terus memperkukuh kapasiti dan keberkesanan sistem kesihatan negara, memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara melalui pendekatan holistik One Health.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2025-11-18 12:55:06 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page