“Integriti bukan sekadar slogan,tetapi tindakan berani yang mesti diamalkan setiap hari.” -YB Menteri Kesihatan
19 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan Seminar Integriti dan Tatatertib KKM 2025. Bertema “Integriti Teras Kesejahteraan Negara”, program ini menjadi platform untuk meneguhkan komitmen KKM terhadap tatakelola cekap dan berintegriti, menghimpunkan kepimpinan, warga profesional dan rakan strategik.
Pelancaran OACP KKM 2026-2028
YB Menteri turut melancarkan Pelan Pencegahan Rasuah (OACP) KKM 2026–2028 sebagai komitmen kepada prinsip “Toleransi Sifar Terhadap Rasuah” dan selari dengan NACS 2024–2028. Sebanyak 22 inisiatif digariskan bagi menyokong sasaran Malaysia berada dalam 25 negara teratas Indeks Persepsi Rasuah menjelang 2033, termasuk:
- Memperkukuh audit dalaman dan perolehan
- Mengurus konflik kepentingan
- Memantau akauntabiliti projek pembangunan
- Mengukuhkan saluran aduan dan perlindungan whistleblower
Impak Kepada Rakyat:
- Perkhidmatan Kesihatan Lebih Telus
- Penggunaan Dana Awam Lebih Berkesan
- Kepercayaan Rakyat Semakin Kukuh
- Akses Kesihatan Lebih Saksama
Turut hadir, YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-21 09:43:31 daripada UKK Norhanita














