20 November 2025 — YBhg. Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab, Ketua Pengarah Kesihatan, diwakili YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), mempengerusikan sesi Roundtable Discussion on Antimicrobial Stewardship (AMS) Policy Dialogue.
World Antimicrobial Resistance Awareness Week (WAAW) diadakan setiap tahun dari 18 hingga 24 November bagi meningkatkan kesedaran tentang kerintangan antimikrob (AMR) dan penggunaan antibiotik secara bijak. Tahun 2025, kempen memberi tumpuan kepada penyedia perkhidmatan kesihatan primer di sektor kerajaan dan swasta dengan tema “Act Now: Protect Our Present, Secure Our Future”.
Sesi dialog bertujuan:
- Meningkatkan pemahaman tentang polisi AMR dan AMS.
- Memperkukuh kerjasama antara penyedia perkhidmatan kesihatan primer, pakar keluarga dan pakar AMS.
- Menyediakan platform untuk perbincangan strategi, cabaran, dan perkembangan terkini berkaitan AMS/AMU.
Impak Kepada Rakyat:
- Memperkukuh komitmen nasional terhadap AMS.
- Memupuk keselarasan polisi dan tindakan kolektif menangani AMR.
- Menjamin keberkesanan rawatan dan kelestarian sistem kesihatan untuk generasi akan datang.
KKM komited memperkukuh pelaksanaan Antimicrobial Stewardship (AMS) dan menangani ancaman Antimicrobial Resistance (AMR) demi memastikan keberkesanan rawatan serta kesejahteraan rakyat kini dan pada masa hadapan.
Turut hadir:
i. YBhg. Dato’ Dr. Norsiah binti Ali, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga,
ii. Puan Syahida binti Che Embi, Timbalan Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
iii. Wakil daripada WHO Representative Office to Malaysia, Brunei Darussalam and Singapore.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-11-21 09:56:33 daripada UKK Norhanita












