“Keutamaan kerajaan adalah jelas : setiap rakyat Malaysia mesti mendpat akses yang saksama kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti tinggi,selamat dan moden.” -YB Timbalan Menteri Kesihatan
21 November 2025 — YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meluncurkan Dentistry Unplugged 2025, menghimpunkan pakar global dan pemimpin industri pergigian dari seluruh dunia.
Komitmen Kerajaan dalam Kesihatan Oral
- Malaysia semakin diiktiraf sebagai negara yang setanding di peringkat antarabangsa dengan standard klinikal dan inovasi yang terus berkembang pesat.
- Kerajaan memperkukuh akses kepada perkhidmatan pergigian, dengan nisbah semasa 1 doktor gigi : 2,313 rakyat (2024) dan sasaran 1: 1,500 menjelang 2030, selaras dengan agenda Universal Health Coverage.
- Transformasi digital dipertingkat melalui penggunaan Dental Information System (DIS) dan Electronic Dental Record (EDR). Sehingga Oktober 2025, 100 klinik telah menggunakannya, dengan pelaksanaan penuh disasarkan menjelang 2030.
Impak Kepada Rakyat:
- Akses rawatan pergigian yang lebih cepat, moden dan selamat melalui penambahan doktor gigi dan rekod pesakit yang lebih efisien.
- Penganjuran pertama ASEAN Dental Awards mempamerkan kecemerlangan klinikal rantau ini dan mencerminkan komitmen KKM terhadap kesihatan oral rakyat.
KKM komited memperkukuh perkhidmatan pergigian negara melalui inovasi, akses yang saksama dan kualiti perkhidmatan bertaraf dunia demi kesejahteraan rakyat.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-11-25 10:09:30 daripada UKK Norhanita
















