MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

FEET FOR RUN 2025:MELANGKAH BERSAMA DEMI KESIHATAN & KEMANUSIAAN

“Kesihatan masyarakat bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata,tetapi usaha bersama seluruh ekosistem sosial kita.”-YB Menteri Kesihatan

22 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan meluncurkan acara Feet For Run 2025 anjuran Kedidi Global dan Yayasan Uniti yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1,500 peserta.

Program ini menggabungkan elemen kecergasan dan kesihatan dengan aspirasi kemanusiaan. Dalam ucapan perasmian, YB Menteri menekankan cabaran serius diabetes di Malaysia, termasuk risiko amputasi yang semakin meningkat. Sehubungan itu, Feet For Run 2025 memberi fokus kepada pencegahan penyakit, peningkatan literasi kesihatan, serta sokongan holistik kepada komuniti amputee melalui penyediaan kaki palsu.

Impak Kepada Rakyat:

  • Peningkatan Kesedaran Kesihatan

Penekanan terhadap pencegahan diabetes dan kepentingan pemeriksaan awal memberikan manfaat langsung kepada masyarakat dalam menguruskan risiko penyakit kronik.

  • Sokongan Bermakna kepada Komuniti Amputee


Inisiatif penyediaan kaki palsu membantu penerima memulihkan mobiliti, meningkatkan kualiti hidup dan kembali berdikari.

  • Memperkukuh Semangat Solidariti

Penyertaan yang memberangsangkan mencerminkan komitmen kolektif masyarakat dalam membentuk persekitaran yang lebih sihat, inklusif dan prihatin.

Kesihatan masyarakat bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, tetapi usaha bersama seluruh ekosistem sosial.

KKM terus komited memacu agenda kesihatan negara melalui kerjasama strategik demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2025-11-25 10:32:58 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page