“ANMS bukan sekadar program KKM,tetapi gerakan nasional untuk menjadikan kesihatan sebagai budaya. ‘Sihat itu Saya,Sihat itu Kita,Sihat itu Malaysia’ mesti menjadi falsafah hidup baharu negara.” -YAB Timbalan Perdana Menteri
23 November 2025 — Program Jelajah ANMS: “MOH Kita Sihat” dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet ANMS. Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, yang menegaskan komitmen KKM memperkukuh agenda kesihatan melalui pendekatan seluruh negara.
Komponen Utama Program:
- MyCHAMPION bersama Wellness on Wheels (WoW) Zoomers
Jangkau luar rumah ke rumah dan aktiviti komuniti di 622 lokaliti, melibatkan hampir 100,000 penduduk.
- Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah
Hampir 2,000 peserta menyertai kategori 21km, 10km dan 5km sebagai simbol gaya hidup aktif.
- Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0
Lebih 400 sukarelawan menjalankan pembersihan, pemeriksaan Aedes dan pendidikan komuniti.
Pencapaian MyChampion:
- 18,357 sukarelawan berdaftar menjadi penggerak utama pendidikan kesihatan, diperkasa melalui Geran Promosi Kesihatan bernilai RM1.86 juta melibatkan 179 projek komuniti.
- KKM turut membangunkan 33 Wellness Hub di seluruh negara sebagai pusat sehenti perkhidmatan preventif dan promosi kesihatan.
Impak Kepada Rakyat:
- Meningkatkan literasi kesihatan komuniti.
- Memudahkan akses kepada perkhidmatan pencegahan penyakit dan promosi kesihatan.
- Menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam gaya hidup sihat.
Inisiatif ini mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan memperkukuh komuniti sihat serta berdaya tahan, selaras aspirasi Malaysia MADANI.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #ANMS
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2025-11-25 10:59:03 daripada UKK Norhanita
















