MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MIH MEGATRENDS 2025: MEMACU INOVASU DAN KERJASAMA UNTUK MASA DEPAN KESIHATAN

“Kita bukan sekadar menghadiri persidangan, tetapi memulakan inisiatif serantau melalui kerjasama kukuh awam-swasta demi masa depan yang lebih sihat dan mampan.” -YAB Timbalan Perdana Menteri

25 November 2025 — YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Perasmian Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Turut hadir, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Acara anjuran KKM dengan kerjasama strategik KPJ Healthcare ini berlangsung dari 25 hingga 27 November 2025, menghimpunkan lebih 1,500 peserta terdiri daripada profesional kesihatan, penggubal dasar dan pemimpin industri global bagi berkongsi pandangan dan meneroka kemajuan dalam sektor kesihatan.

Sorotan program:

  • 92 pempamer mempamerkan teknologi dan inovasi terkini dalam transformasi sistem kesihatan negara.
  • Pameran dibuka kepada orang awam pada 27 November 2025 (Khamis).
  • Pelbagai aktiviti kesihatan turut disediakan kepada pengunjung termasuk pemeriksaan kesihatan, derma darah dan perundingan kesihatan holistik seperti urutan.
  • Program interaktif MIH Megatrends Live+, menampilkan temu bual eksklusif serta pandangan mengenai inovasi perubatan terkini.

Impak Kepada Rakyat:

  1. Memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap perkembangan teknologi perubatan moden.
  2. Mengukuhkan kerjasama komuniti, profesional kesihatan dan industri untuk memperluaskan budaya hidup sihat.
  3. Menyokong usaha nasional dalam mempertingkatkan literasi kesihatan serta mempercepat adaptasi inovasi dalam sistem kesihatan awam.

KKM komited untuk memperkukuh ekosistem kesihatan negara melalui inovasi, kolaborasi dan kelestarian, selaras aspirasi Malaysia MADANI.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #MIHMegatrends2025 #ASEAN2025

image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-11-28 16:22:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page