26 November 2025 — YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluangkan masa melawat reruai pameran sempena Malaysia International Healthcare (MIH) Megatrends 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.
- Pameran yang berlangsung dari 25 hingga 27 November 2025 ini menghimpunkan lebih 92 pempamer dan 1,500 delegasi dari dalam dan luar negara.
MIH Megatrends 2025 merupakan acara penjagaan kesihatan terulung negara, dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama strategik KPJ Healthcare. Acara berprestij ini mengumpulkan pemimpin, profesional, inovator dan penggubal dasar kesihatan global untuk meneroka kemajuan terkini, berkongsi pengetahuan serta memupuk kerjasama strategik ke arah meningkatkan kualiti, aksesibiliti, dan kemampanan sistem kesihatan negara.
Impak Kepada Rakyat:
- Memberi pendedahan kepada rakyat mengenai teknologi dan inovasi kesihatan terkini.
- Menyokong usaha kerajaan memperkukuh sistem kesihatan yang lebih cekap, berdaya henti dan responsif.
- Memastikan rakyat mendapat akses kepada maklumat kesihatan yang lebih luas dan tepat melalui pempamer serta pakar industri.
- Menggalakkan kerjasama strategik yang akhirnya membawa kepada peningkatan perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat.
Orang ramai dijemput menghadiri Pameran yang berprestij ini pada 27 Novemeber 2025.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #MIHMegatrends2025 #ASEAN2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-11-28 16:34:23 daripada UKK Norhanita














