“Rakyat bukan sekadar datang untuk mendapatkan ubat ,tetapi mereka datang dan pulang dengan rasa dihargai,dilayan ihsan,serta diyakinkan bahawa kerajaan sentiasa berusaha memperbaiki hidup mereka.” -YB Timbalan Menteri Kesihatan
28 November 2025 — YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, telah melancarkan Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu ini merupakan satu inisiatif yang amat relevan dan dekat dengan keperluan harian rakyat. Kemudahan ini memberikan impak yang signifikan kepada pesakit serta ahli keluarga, khususnya dari segi keselesaan dan kecekapan proses mendapatkan ubat.
Usaha ini turut mencerminkan budaya kerja KKM yang sentiasa berorientasikan penyelesaian, berpaksikan rakyat, serta komited meneroka pendekatan baharu bagi mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan.
Impak Kepada Rakyat:
- Inovasi operasi yang berimpak tinggi
Perkhidmatan ini mempermudah aliran kerja, menjimatkan masa, dan meningkatkan kualiti pengalaman pesakit serta kakitangan hospital.
- Langkah transformasi yang menambah nilai
Inisiatif ini mengangkat tahap kecekapan dan kemudahan kepada pesakit, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
KKM komited memastikan setiap perkhidmatan yang diperkenalkan memberi manfaat secara langsung dan memudahkan kehidupan rakyat
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-12-01 11:09:50 daripada UKK Norhanita













