MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KKM PERKUKUH AKSES KESIHATAN INKLUSIF UNTUK KOMUNITI OKU

“Apabila OKU sihat dan mencapai potensi optimum,mereka bukan sahaja produktif,malah menyumbang kepada kemajuan negara.” -YB Menteri Kesihatan

29 November 2025 — YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad merasmikan Seminar Penjagaan Kesihatan OKU di PICC, Putrajaya, bertemakan “OKU Sihat, Masyarakat Sejahtera”. Tema ini menegaskan komitmen KKM untuk menyediakan akses kesihatan yang menyeluruh, adil dan inklusif kepada komuniti OKU, selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Usaha KKM di bawah RMK-13:

  • Pemerkasaan klinik kesihatan sebagai pusat rujukan utama
  • Perluasan kemudahan diagnostik & perkhidmatan rehabilitasi
  • Pendigitalan sistem bagi kesinambungan rawatan OKU

Peningkatan perkhidmatan hospital untuk OKU:

  • Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (95 hospital)
  • Kemudahan mesra OKU penglihatan (50 hospital)
  • Pengukuhan perkhidmatan psikiatri (70 hospital & 40 MENTARI)
  • Child Development Centre di hospital negeri

Di peringkat komuniti:


  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ku Sihat

  • Saringan kesihatan pelatih OKU

  • Saringan kesihatan sekolah

Pengesanan awal ini mempercepatkan akses kepada perkhidmatan individu dapat dirujuk lebih cepat ke pakar, program komuniti atau intervensi yang diperlukan.

Pendekatan pengesanan awal ini membolehkan rujukan kepada pakar dan intervensi diberikan lebih cepat dan berkesan.

Impak Kepada Rakyat:

  1. Akses lebih mudah dan jelas kepada kemudahan kesihatan, bantuan sosial dan saluran rujukan kerajaan.
  2. Pengesanan awal masalah kesihatan, membolehkan rawatan dan intervensi dimulakan lebih cepat.
  3. Peningkatan kualiti hidup OKU melalui penjagaan yang lebih teratur, menyokong fungsi harian dan penyertaan sosial.

KKM komited memastikan komuniti OKU mendapat perkhidmatan kesihatan yang mampan, inklusif dan setara.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

 

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2025-12-01 11:19:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page