MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KKM PRIHATIN : LAWATAN KSU KE FASILITI TERJEJAS BANJIR DI PERLIS

29 November 2025 — YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninjau fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir di negeri Perlis, hari ini.

  • Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat oleh YBrs. Dr Ghazali bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis berkaitan situasi semasa banjir di Bilik Gerakan Crisis Preparedness Response Centre (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Antara fasiliti yang dilawati:

  • Hospital Tuanku Fauziah
  • Klinik Kesihatan Kangar
  • Klinik Kesihatan Kuala Perlis
  • Klinik Kesihatan Arau

Walaupun terkesan akibat banjir, semua fasiliti kesihatan KKM telah kembali beroperasi sepenuhnya, kecuali Klinik Kesihatan Arau yang dijadualkan beroperasi semula pada 1 Disember 2025.

YBhg. Dato’Sri KSU turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) UiTM Arau yang menempatkan 30 keluarga melibatkan 110 mangsa banjir. Beliau menerima taklimat daripada pasukan Mental Health Psychosocial Support Team (MHPSS), yang telah menggerakkan 4 pasukan di seluruh Perlis dan memberi sokongan psikososial kepada 560 mangsa setakat 27 November—tanpa kes yang memerlukan rujukan lanjutan.

YBhg. Dato’ Sri KSU merakamkan ucapan penghargaan kepada semua petugas kesihatan yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalankan tugas ketika musim banjir ini. Beliau turut menekankan KKM sentiasa bersedia dan komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada semua mangsa banjir di seluruh negara.

Impak Kepada Rakyat:

  1. Akses kepada rawatan asas dan perkhidmatan kesihatan kembali dipulihkan dengan cepat.
  2. Penyediaan sokongan psikososial membantu mangsa banjir menguruskan tekanan dan trauma.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-12-01 11:37:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page