MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KKM PRIHATIN : HARI KE-2 LAWATAN KSU KE FASILITI KESIHATAN YANG TERJEJAS AKIBAT BANJIR DI PERLIS

30 November 2025 — YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan lawatan meninjau fasiliti kesihatan yang terjejas akibat banjir di negeri Perlis.

Fasiliti yang telah dilawati merangkumi:


  • Klinik Kesihatan UTC

  • Klinik Kesihatan Kampung Gial

Tinjauan mendapati kesemua fasiliti kesihatan ini telah beroperasi sepenuhnya. Komitmen tinggi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis bersama para petugas kesihatan telah memastikan proses pemulihan dilaksanakan dengan segera bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan kembali disalurkan kepada komuniti.

Komitmen Pasca Banjir KKM:

  • Menjalankan sesi kaunseling kepada kakitangan dan komuniti yang terkesan dari aspek psikososial.
  • Menyampaikan pendidikan kesihatan berkaitan keselamatan pasca banjir, termasuk pencegahan kecederaan dan penyakit berjangkit
  • Melaksanakan penilaian risiko penyakit untuk memastikan komuniti kekal bebas daripada penyakit berjangkit selepas banjir.

Selain itu, YBhg. Dato’ Sri KSU turut dibawa melawat Dapur Sihat bertempat di Klinik Kesihatan Simpang Empat, Kangar, Perlis. Dapur Sihat ialah salah satu inisiatif di bawah Bahagian Pemakanan KKM yang bertujuan memupuk amalan pemakanan sihat, selamat dan seimbang.

Impak Kepada Rakyat:

  1. Perkhidmatan kesihatan dan saringan kesihatan secara berterusan kepada komuniti setempat
  2. Pencegahan penyakit berjangkit.
  3. Sokongan psikososial kepada kakitangan dan komuniti yang terkesan dengan banjir
  4. Peningkatan amalan pemakanan sihat melalui program Dapur Sihat.

Turut hadir YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), dan YBrs. Dr Ghazali bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2025-12-01 11:49:37 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page